Sunday, February 12, 2012

Lagi2 Faqih


My luv....semoga menjadi anak soleh pengubat hati umi dan pendinding umi dari api neraka

Monday, January 16, 2012

Si Comel Penguat Semangat

Setelah keboringan melanda dan penyakit malas mengundang diri....huhu tetibe bos berada di depan meja...

Papepun ku tetap nk buat sedikit coretan tentang si comel ku. Semoga anak umi menjadi anak yang sentiasa menyenangkan Allah, umi dan abi..Sweet memories:)

Tuesday, October 25, 2011

Simposium 20 Tahun PUNB

Oh....simposium. Apa nak di kata. Demi tugas diriku redha. Eh REDHA sememangnya bersama diriku...(maklumlah ank kesayangan nama REDHA). Alhamdulillah Faqih dah semakin membesar dengan sihat....dengan minum susu ummi sepenuhnya. Esok Deepavali, tapi m,asih ada tugas-tugas yang perlu ku selesaikan sebab hari khamis seharian akan berhempas pulas dengan simposium. Jumaat sampai Ahad plok ada Kursus plak. Tapi ummi tetap maintaian sebab Faqih ada di sisi.

Walaupun terpksa pejam mata melihat rumah yang berselerak dengan kain baju dan barang-barang yang x sempat berkemas. Biarlah....ada tugas penting yang perlu ummi selesaikan. Itula...kerja gomen tidak semudah disangka. Cuba dulu baru tau....Ingatlah setiap kerja adalah amanah dan peluang dari Allah.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan yang Dinanti...

Syukur Alhamdulillah, Allah masih beri pinjaman nyawa untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni. Lagi best.....huhu macam tema baru perodua. Tahun ni ada orang ketiga dalam hidup kami. Lain macam je bunyinyer..hehe. Kehadiran putera kami la, Muhammad Faqih Redha.

Hari pertama berpuasa, saya pastikan Faqih mempunyai stok susu yang mencukupi...So lepas sahur, solat subuh n mengaji, saya memulakan operasi memerah susu untuk stok EBM. Alhamdulillah dapat 4oz. Stok beku dah ada 3 botol. So cukupla. Peti ais mak tuk Faqih x cukup besar untuk umi wat stok byk2. Nati blik putrajaya umi buat lagi...

Friday, May 20, 2011

Santai Jumaat Bersama ShiM@

Makan nasi arab kat shara tent
jupo Ismail Sabri, Idris Jala
n KPPA

Wednesday, May 18, 2011

Monday, January 17, 2011

Tahun Baru yang Mendebarkan

Seribu kesyukuran kupanjatkan kepada Allah atas kurniaanNya kerana masih lagi meminjamkan roh untukku berada di bumiNya. Sesungguhnya, harta dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan tetapi nikmat kesihatan yang diberikan adalah anugerah yang amat bernilai.

Tahun baru kali ini mencipta seribu kelainan dalam duni kerjaya dan juga kehidupanku. Tahun ini aku dah jadi staf "gomen" kata Pn. Asiah, bekas Pensyarah Business Development di IPB. Maknanya satu perubahan ketara dari segi corak dan gaya kerja. Yer la dari swasta ke gomen....Kerja selaku Eksekutif Sumber Manusia di firma audit...kesibukan yang tiada tara. Semua kerja kulakukan. Pendek kata dari A-Z. Dalam "gomen" aku tak tahu macam mana...sebab sampai entry ini ditulis aku belum mendapat sebarang tugasan. Bab kata rakan sekerja....rehat dulu yer. Lepas ni kerja tak berhenti-henti..waduh, mencabar jugak ni, detik hati. Apapun akan kutunggu saat dan detik itu.

Itu cerita pertamaku....cerita seterusnya aku akan berpindah rumah dari Wangsa Maju ke Putrajaya. Apa yang pasti aku akan rindukan masakan Mak Cik Biah dan usikan Pak Cik Mokhtar. Aku sangat berterima kasih atas segala budi dan jasa mereka menjadi jiran yang baik untukku. Kekadang aku rasa terubat rindu pada abah dan mama dengan layanan mereka. Semoga aku mendapat jiran baru yang baik juga selepas ini.

Ada lagi.....yang ni tak tahu nak cakap dan tak tahu nak hadapinya. Yang penting semoga Allah memberikan kekuatan luarbiasa kepadaku. Huhu....aku tak dapat bayangkan bagaimana bila perut ini membesar. Aku dijangka melahirkan pada bulan Jun. Semoga segala ujian yang diberi oleh Allah kepadaku adalah tarbiyyah kepada bayi yang akan lahir. Terima kasih buat suami yang memberi sokongan dan memberikan yang terbaik untuk diri ini. Dan "part" ini amatlah mendebarkan kerana ia adalah sesuatu yang baru dalam hidup ini.

Terima kasih Allah atas segala kurniaanMu....semoga jalan yang Engkau aturkan ini yang terbaik untuk dunia dan akhiratku terutamanya. Amiiiin.